Tuesday, August 4, 2009

Wabak Influenza A (H1N1)/ Selsema Babi

Langkah - langkah Menangani Wabak Influenza A (H1N1)

Dunia telah dilanda wabak H1N1 dan Malaysia tidak terkecuali.Sehingga semalam 14 Ogos 2009, seramai 9 korban akibat wabak ini di Malaysia.

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) telah melaporkan berlakunya sejenis wabak influenza, juga dikenal sebagai Infleuenza A (H1N1) di beberapa buah negara. Pada 15 Mei 2009, Kementerian Kesihatan telah mengesahkan kes pertama Infleuenza A (H1N1)di negara ini.

2. Terdapat 3 jenis virus influenza iaitu A, B dan C. Ketiga-tiga ini boleh menjangkiti manusia. Virus Infleuenza A adalah paling berbahaya kerana boleh menjangkiti haiwan dan manusia. Virus Infleuenza A boleh menjalani mutasi (perubahan genetik) dan menghasilkan virus influenza jenis baru yang lebih berbahaya. Ini akan mencetuskan kejadian epidemik dan pandemik influenza.

3. Virus Infleuenza A tersebar melalui titisan cecair dari mulut dan hidung ketika bercakap, bersin atau batuk. Virus ini seterusnya masuk ke dalam badan melalui saluruan pernafasan. Penyakit ini mempunyai tanda dan gejala awal seperti demam, iaitu demam panas secara mendadak melebihi 38°C, sakit-sakit otot/sakit sendi, sakit tekak, batuk dan sakit kepala. Ini akan diikuti dengan kesukaran bernafas, yang mana boleh melarat menjadi radang paru-paru yang lebih teruk dan boleh membawa maut. Sebagai panduan sila rujuk kepada lampiran-lampiran yang disertakan

Read more...

Sunday, May 10, 2009

SpeEd SMKDPB

SpeEd SMKDPB adalah singkatan Special Education SMKDPB

Read more...

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP